klik me

Sabtu, 26 Mac 2016

KENCING MANIS

Hari ni terdetik utk buat entry ttg penyakit kencing manis ni.. apa itu penyakit KENCING MANIS??

Penyakit kencing manis ataupun (BM = Diabetes melitus; Inggeris = diabetes mellitus merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya.

Secara umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai:


  • Diabetes jenis pertama (I) juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent Diabetes Mellitus') atau diabetes awal remaja. Diabetes jenis I dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simtom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.
  • Diabetes jenis kedua (II) boleh disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan/atau penghasilan insulin yang berkurangan. Diabetes jenis II, oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan/suapan ( suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan samping serius kepada pesakit)



TANDA TANDA ANDA MENGHIDAP KENCING MANIS

  • Sering dahaga dan sering perlu minum air.
  • Sering ketandas.
  • Terasa badan lemah.
  • Berat badan turun dengan cepat.
  • Penglihatan semakin kabur.
  • Terasa pening kepala.


Kadang-kala pengidap kencing manis tidak menunjukkan sebarang tanda. Hanya dengan pemeriksaan doktor dapat menunjukkan dan mengesan kencing manis pada peringkat awal. Bagi mereka yang berisiko tinggi, mereka perlu menjalani pemeriksaan untuk mengesan kencing manis sekali setiap tahun.

GOLONGAN BERISIKO TINGGI


  • Mereka yang mempunyai keturunan yang mengidap Kencing Manis (Ibu bapa, adik-beradik)
  • Mereka yang berat badan agak tinggi
  • Mereka yang pernah mempunyai radang pada Pancreas
  • Wanita mengandung yang pernah menghadapi kencing manis ketika hamil.



MASALAH PENGHIDAP PENYAKIT KENCING MANIS

Bagi pesakit kencing manis yang tidak mengawal penyakit mereka, mereka berhadapan dengan kesan yang lebih serius. Antara kesannya ialah :- 


  • Kegagalan buah pinggang 
  • Serangan jantung 
  • Kebutaan / Katarak 
  • Koma (hilang kesedaran) 
  • Angin ahmar (strok) 
  • Sakit saraf atau "mati pucuk" 
  • `gangrene' atau anggota tubuh mati/membusuk 

Pengidap kencing manis yang bergantung kepada suntikan insulin berhadapan dengan beberapa masalah untuk mengawal kadar gula dalam darah, antaranya adalah :-

  • Kekurangan paras gula di dalam darah atau hipoglisemia. Ini mungkin disebabkan terlebih mengambil insulin
  • Lebihan paras gula di dalam darah atau hiperglisemia. Ini mungkin disebabkan oleh tidak mengambil insulin.


Tanda-tanda kekurangan paras gula di dalam darah atau hipoglisemia ialah: 



  • Cemas.
  • Berdebar-debar.
  • Berpeluh.
  • Menggeletar.
  • Terasa lapar.
  • Terkeliru.
  • Penglihatan kabur.
  • Pening lalat.
  • Tidak sedarkan diri.


Tanda-tanda lebihan paras gula di dalam darah atau hiperglisemia ialah: 



  • Sering membuang air kecil, terutama pada sebelah malam.
  • Kerap terasa haus.
  • Muntah-muntah.
  • Badan semakin kurus.
  • Koma.
  • Sukar bernafas.
  • Sakit perut.


Penyakit diabetes dikalangan kanak-kanak kadang-kala sembuh secara spontan untuk sementara waktu. Keadaan ini dikenali sebagai tempoh berbulan madu "honeymoon period". Secara lazimnya, ia bertahan hanya untuk tempoh di antara enam bulan hingga beberapa tahun. Sekiranya anda atau anak anda berhadapan dengan keadaan ini, anda masih perlu menjaga pemakanan anda sebaik-baiknya kerana penyakit kencing manis boleh berulang. Secara lazimnya penyakit kencing manis tidak ada ubat dan pengidap kencing manis perlu menjaga pengambilan gula serta mengambil ubat sepanjang hayat. Hanya dalam kes pembedahan bagi menggantikan atau menanam sel kelenjar pankreas maka badan kembali mampu untuk menghasilkan insulin secukupnya.

Masalah yang sering dihadapi ibu bapa apabila anak semakin dewasa dan mencapai usia akil baligh, mereka akan berdepan dengan krisis pemakanan. Lazimnya, keadaan ini berlaku disebabkan pengaruh kawan-kawan. Dalam menangani keadaan ini, ibu bapa perlu bijak untuk memahami keadaan anak mereka. Sebaik-baiknya dapatkan pandangan dan nasihat daripada pakar psikologi jika perlu.

Dalam tempoh ini juga, ibu bapa perlu mengambil berat dan mengawasi diet anak mereka itu untuk membolehkan mereka menjalani kehidupan seperti individu normal.


Datuk atau nenek juga kadangkala menimbulkan masalah kepada ibu bapa. Ini kerana, golongan itu akan memberi apa saja yang dikehendaki anak berpenyakit diabetes atas alasan kasihan.


PENGAWALAN DIABETES

Penyakit kencing manis atau Diabetes sering dikaitkan dengan keturunan, amalan pemakanan yang tidak sihat dan juga obesiti. Kita semua sudah sedia maklum memang tiada ubat khusus untuk memulihkan penyakit kencing manis, apa yang ada hanyalah ubatan untuk mengawal paras gula dalam darah.



  • Penjagaan pemakanan dan berat badan
  • Kerap bersenam
  • Pengubatan
  • Pemakanan pesakit Diabetes seharusnya kurang lemak dan kalori serta seimbang.

Pesakit diabetes boleh menjalani kehidupan yang normal dengan syarat pesakit itu dikawal dengan betul. Lebih kurang 40% pesakit diabetes mampu mengawal keadaan penyakit mereka dengan menjaga pemakanan dan bersenam. Manakala selebihnya adalah dengan mengambil sama ada ubat (pil) dan/atau suntikan insulin di samping pemakanan yang sihat dan bersenam. Walau apa pun ubat yang diambil, perkara-perkara berikut perlu diketahui dan dipatuhi :

Bila hendak mengambil/makan ubat dan berapa banyak ubat yang perlu diambil?
Jenis rawatan yang diterima?

Dimana hendak mendapat ubat?


BEBERAPA PETUA MERAWAT KENCING MANIS

Selain itu ada beberapa Petua Tradisional Merawat Kencing Manis menggunakan bahan-bahan semulajadi yang boleh dicuba oleh pesakit sebagai rawatan alternatif. Antaranya:



DAUN SIREH
1. Daun Sireh – Ambil 10 helai daun sirih dan lima ulas bawang merah. Rebuskan dengan dua gelas air dan sejukkan. Amalkan minum air rebusan ini setiap pagi sebelum sarapan dan setiap petang.



BATANG PATAWALI

2. Batang Patawali – Ambil dalam dua inci akar patawali dan tumbuk hingga lumat kemudian masukkan ke dalam air sejuk anggaran setengah gelas. Tapiskan. Kemudian minum setiap pagi dan petang.








PETAI
3. Kulit Petai – Ambil batang pokok petai sebesar tapak tangan dan rebus dalam periuk. Biarkan mendidih sehingga air rebusan bertukar menjadi kehitaman. Minum segelas sehari sekali. Ataupun jika sukar untuk mendapat kulit pokok petai, boleh juga gantikan dengan buah petai. Ambil lima keping dan rebus sehingga empuk. Minum air rebusan petai kira-kira setengah gelas.  Amalkan meminumnya sekali sehari.








JERING


4. Kulit Jering – Rebus kulit buah jering sebanyak 10 biji hingga keluar air kelatnya. Biarkan sejuk. Minum setengah gelas setiap hari. Kulit pokok jering juga boleh digunkan untuk merawat penyakit kencing manis. Cara memasaknya adalah sama seperti kulit pokok petai.







PERIA



5. Peria – Rebus peria dan tapis airnya kemudian minum segelas sehari. Boleh juga dikisarkan dan dibuat jus.





Semoga petua-petua di atas ini dapat membantu untuk mengurangkan paras gula dalam darah.

Khamis, 24 Mac 2016

HIPERTENSI (HTN) ATAUPUN TEKANAN DARAH TINGGI

 Penyakit hipertensi atau tekanan darah tinggi ialah apabila tekanan darah keatas dinding arteri berlebihan. Tekanan darah tinggi yang tidak terkawal boleh menyebabkan berbagai masalah kesihatan, termasuk masalah jantung dan strok.

Tekanan darah ditentukan oleh jumlah darah yang di pam oleh jantung dan jumlah rintangan arteri disebabkan arteri yang semakin sempit. Semakin banyak darah dipam dan semakin sempit arteri, semakin tinggilah tekanan darah sesaorang.
Gejala Hipertensi
gambar eshan dari kementrian kesihatan



Beberapa Penyebab Hipertensi

  • Makanan berlemak tinggi.
  • Minuman alkohol dan soda.
  • Tidur selepas makan.
  • Makanan bergaram yang berlebihan.
  • Tidak pernah melakukan gerak tubuh atau olahraga.
  • Perokok Tegar
  • Makanan Segeram
  • Makanan Bergoreng.
  • Makanan dan minuman yang mengandungi gula tiruan
Beberapa penyebab hipertensi di atas boleh menyebabkan anda mengalami tekanan darah tinggi jika dilakukan secara berterusan. Sebaiknya mula saat ini anda perlu mengubah corak kebiasaan buruk yang dilakukan sehari-hari, dan hindari berbagai jenis penyebab hipertensi agar anda tidak pernah mengalami penyakit hipertensi atau tekanan darah tinggi.

Petua rawat tekanan darah tinggi

Post entry kali ni adalah satu usaha alternatif bagi pengidap darah tinggi… boleh la pilih salah satu dari petua ini… Semoga usaha yang dibuat dapat berhasil dan menambahkan tahap kesihatan pada diri.


Langkah 1: 

Buat solat hajat 2 rakaat dan mohonlah kepada-Nya tentang hajat anda.

Langkah 2:
                    a. Ambil beberapa ulas bawang putih dan bersihkannya. 
                    b. Kisar bawang putih tadi untuk dijadikan jus.  
                    c. Kemudian, ambil 6 titik jus tadi dan campurkannya ke dalam segelas air kosong. 
                    d. Minum air tersebut 3 kali sehari. 




Petua 1

Ambil seikat daun kucai. Tumbuk lumat dan perah sehingga mengeluarkan air. Minum air tersebut setiap pagi selama sebulan. InsyaAllah penyakit darah tinggi akan reda.




Petua 2

Perahkan buah mengkudu masak dan ambil airnya dan tapis. Minumlah pada waktu pagi sebelum memakan sesuatu . Buatlah selama seminggu berturut-turut.




Petua 3

Ambil 2 biji epal hijau, buang kulitnya dan hiris nipis-nipis. Rebus dengan dua cawan air sehingga empuk. Biarkan sehingga sejuk dan tapiskan airnya. Minumlah 2 kali sehari. Amalkan selalu walaupun tekanan darah tinggi anda sudah menurun. InsyaAllah badan anda akan lebih segar.




Petua 4

Ambil beberapa batang serai yang telah diketuk, rebus bersama 4 mangkuk air dan renehkan sehingga air rebusan menjadi semangkuk. Amalkan meminum air rebusan serai 2 kali sehari. InsyaAllah



Petua 5

Ambil 3 biji pisang restali yang masak, diramas dengan kulitnya sekali dam ambil airnya dibuat minum.

Image result for kelebihan pisang restali

Petua 6
Ambil air kelapa muda segelas, dibubuh sedikit kopi dan sebuku garam jantan, kacau dan minum. Buat 2 kali seminggu.

Image result for kelapa


Selamat mencuba.

NUFFNANG